ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }

Isnin, 22 April 2013

Assalamualaikum

Salam 1 Malaysia

Tarikh 21 April 2013 adalah tarikh keramat yang harus MESTI di ingati oleh seluruh warga Mahsari Group.

Satu majlis menandatangani LA (Letter of Award) di antara After Image Sdn. Bhd (anak syarikat Mahsari Group) dengan JKR Kesedar bagi projek Membina dan Menyiapkan Jambatan di atas  Sungai Pergau Menghubungkan Kg. Biak ke Kg. Kandek, Kuala Krai, Kelantan telah berlangsung dengan jayanya.

Projek yang menelan belanja sebanyak RM Sembilan Belas juta Enam Ratus Tiga Puluh Lima Ribu Sahaja (19,635,000.00) ini di jangka akan siap dalam masa dua tahun.

Segala persiapan telah dibuat bagi menjayakan projek julung kalinya bagi After Image Sdn. Bhd. ini. Ianya adalah satu kejayaan yang amat bermakna kerana kepercayaan dan keyakinan telah diberi dan diamanahkan kepada kita semua bagi membuktikan yang kita mampu pergi jauh dan berdaya saing seiring dengan kepesatan ekonomi yang berkembang maju.

Bersama kita menggembeleng tenaga dan usaha bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

 



 

Rabu, 19 Disember 2012

PENGENALAN

AFTER IMAGE SDN BHD telah di daftarkan pada 6 Julai 1993, no. pendaftaran syarikat 269164-H.

Milik Bumiputera sepenuhnya dengan modal di benarkan sebanyak RM 1,000,000.00 sementara modal berbayar adalah RM 800,000.00. 

Syarikat ini telah berdaftar dengan PKK, Kelas A (0302 A 2009 0535). Selain itu, kami juga mendaftar dengan CIDB, Gred 7 (1960517-KN001356). 

Syarikat kami terlibat dalam kerja-kerja pembinaan, sebagai kontraktor utama mahupun sub-kontraktor bagi kerja-kerja kejuruteraan awam dan pembinaan bangunan.

Khamis, 13 Disember 2012

13/12/12

KACAU BUBUR ASYURA

Julung-julung kalinya acara ini di adakan oleh pihak syarikat.

3 biji kawah bersama 2 pakar yang di datangkan khas bagi memastikan segalanya menepati standard yang di tetapkan.

Biar gambar bercerita ye...layaaannnn












Rabu, 12 Disember 2012

Mesyuarat Agung bagi tahun 2012 akan berlangsung pada 22/12/2012, Sabtu ini bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Mahsari Group, Tanah Merah, Kelantan.

Semua pihak pengurusan di wajibkan hadir bagi membincangkan isu-isu berbangkit serta pelan perancangan bagi tahun-tahun berikutnya.

Tapi sebelum berlangsungnya mesyuarat, satu majlis KACAU BUBUR ASYURA akan di adakan pada Khamis, 13/12/2012. Pastinya meriah nanti dengan kehadiran semua staf.

Berita penuh akan di 'update' nanti.tunggguuuuu......

Selasa, 11 Disember 2012

GOTONG ROYONG 2012

Pejam celik pejam celik, kita dah berada di penghujung tahun 2012.

Pelbagai aktiviti yang berlangsung namun tak sempat di 'update'kan.

6 Disember 2012 yang lalu telah berlangsungnya acara gotong-royong Mahsari Group.

Acara yang telah di adakan pada hari Jumaat ini telah di hadiri  & di jayakan oleh  majoriti staf.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Tahun depan insyaAllah kita buat lagi.